GEORGE TOWN: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK-Remaja) peringkat Pulau Pinang membabitkan remaja berusia 12 hingga 15 tahun bermula 29 Sept ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata usaha itu akan membabitkan 93,000 orang pelajar sekolah di seluruh negeri berkenaan.
Beliau berkata kerajaan negeri atas usaha sama bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bakal menambah jumlah serta kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada bagi mempercepat proses vaksinasi.
"Dalam masa sama, PICK-Remaja membabitkan 43,000 pelajar sekolah dan bukan pelajar sekolah berusia 16 hingga 17 tahun dijangka berakhir pada hujung bulan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Chow berkata penurunan jumlah kes positif COVID-19 kepada tiga angka sejak semalam di Pulau Pinang menunjukkan keberkesanan vaksinasi yang dijalankan hingga kini.
"Kerajaan negeri memperoleh kerjasama penuh daripada Kementerian Kesihatan berhubung penghantaran sumber tenaga perubatan dari negeri lain yang kini berjumlah kira-kira 250 orang, manakala peralatan perubatan bagi keperluan hospital di sini juga telah ditambah baik. Ini termasuk pengoperasian hospital medan yang dilengkapi dengan 100 katil di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK-Remaja) peringkat Pulau Pinang membabitkan remaja berusia 12 hingga 15 tahun bermula 29 Sept ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
AWANI Ringkas: Projek rintis DRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri sempena Ekspo Semicon Asia Tenggara
Peniaga wanita mengaku miliki 102 alat mainan seks
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan permainan seks.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt - Loke
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, k
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
PICK Remaja: Tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar video, berita tidak benar
Ia bukan sahaja mengganggu kelancaran program, malah menimbulkan kebimbangan ibu bapa serta pelajar yang akan mengambil vaksin.
Perak tumpu vaksin 10,000 pelajar sekolah agama
Pelajar-pelajar dari 39 buah sekolah tahfiz yang tidak berdaftar di Perak juga akan dilibatkan dalam program vaksinasi COVID-19.
COVID-19: PICK remaja langkah tepat, bersesuaian dengan trend jangkitan - Pakar
Usaha kerajaan dalam pemberian vaksin terhadap golongan remaja merupakan satu langkah yang tepat apabila melihat kepada trend jangkitan melibatkan golongan itu.
PICK Remaja sasar 3.2 juta remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja menyasarkan sejumlah 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini bakal menerima suntikan vaksin COVID-19.
Vaksinasi Remaja: Program PICK Remaja dapat sambutan menggalakkan
Rata-rata yang hadir meluahkan rasa teruja selepas menerima vaksin berkenaan.
PICK Remaja: KPM tunggu dan lihat kes ibu bapa tak benarkan anak divaksin - Radzi
Masih terlalu awal untuk Kementerian membuat sebarang ketetapan, memandangkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK Remaja) baru saja bermula 8 September lepas.
PICK Remaja: 85,076 divaksinasi, tiada kesan sampingan serius - Khairy
KKM mensasarkan 3.2 juta rakyat Malaysia dalam lingkungan 12-17 tahun untuk terlibat dalam PICK Remaja.
PICK Remaja: KKM sasar 80 peratus dos lengkap menjelang Jan 2022
Pengecualian hanya kepada remaja yang disahkan mempunyai sebab-sebab tertentu, seperti masalah kesihatan atau alahan terhadap vaksin.